• BUKU TN 3
1

Buku Healing Cara Gaza

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 30.00
Nationwide shipping | CGM Shop MY
Nationwide shipping
Secure payments | CGM Shop MY
Secure payments
Authentic products | CGM Shop MY
Authentic products

Saya mula menulis coretan berkaitan perang yang sedang berlaku ini pada 13 November 2023, dalam perjalanan untuk mengisi program di Kota Kinabalu. Saya juga menjemput anakanda Naeem untuk berkongsi beberapa cerita mengikut cita rasa dan apa yang dilaluinya.

Tujuannya jelas -  seperti perang-perang yang lepas, memori, mimpi ngeri dan kesakitan yang dihayati saat ini akan berlalu tatkala sungai darah syuhada' yang membasahi bumi menjadi tidak asing, apabila air mata sang ibu telah kering, apabila bunyi letupan dan bedilan roket bertukar menjadi hening.

Yang akan tinggal mengesat luka ialah anak-anak yatim setiap kali datang ulang tahun kesyahidan ayah dan ibu mereka, yang akan terus dihantui kehilangan ialah sang isteri yang akan berhempas-pulas membesarkan anak-anak seorang diri, para lelaki yang mengerah keringat untuk membayar sewa-sewa rumah kerana rumah sendiri yang diusahakan berpuluh tahun untuk dibina, sudah menjadi abu dan tidak mampu dibangunkan semula.